Kamis, 06 Maret 2014

Kahwin Ketika Perang Syria


Kahwin Ketika Perang Syria
ALEPPO : Satu pasangan muda menjalin hubungan cinta semasa peperangan berlaku di negara mereka, Syria di sini.
Pasangan itu, seorang penembak tepat, Abu Khaled dan Hanan yang merupakan seorang jururawat kemudian mendirikan rumah tangga.
Majlis perkahwinan mereka diadakan di sini pada 31 Ogos lalu.
Hanan pernah merawat kecederaan luka Abu Khaled.
Abu Khaled yang berusia 20 tahun mendedahkan dia menyintai Hanan selepas melihatnya pada pandangan pertama.
“Saya melihatnya di tempat bantuan kecemasan di sekolah Coneta. Daripada pandangan pertama, saya menyintainya.
“Kemudian saya ditembak di kaki dan dia membersihkan luka saya pada setiap hari,” katanya.
Hanan yang berusia 23 tahun turut mendedahkan cintanya terhadap Abu Khaled semakin kuat selepas abangnya terbunuh dalam peperangan di Syria.
Dalam majlis perkahwinan mereka, seorang komander Tentera Pembebasan Syria yang mewakili kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad telah memberikan ucapan.
Pasangan tersebut saling bertukar-tukar cincin.
Pergolakan di Syria bermula pada Mac tahun lalu apabila penduduk bangkit menentang kepimpinan Bashar.
Pertempuran kemudian berlaku antara sebahagian besar penduduk dengan askar-askar Bashar.
Kumpulan penduduk yang bangkit memberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak asasi manusia.
Lebih 20,000 orang telah terbunuh sejak pertempuran berlaku di bandar-bandar Syria. – Agensi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar