Senin, 23 Desember 2013

Ashton Kutcher Tak Sabar Kahwini Kekasih



KAMI yakin pelakon Ashton Kutcher cukup lega dengan pengesahan cerai dengan bekas isterinya, Demi Moore awal minggu ini.

Apa tidaknya, dia sudah menanti perkara itu cukup lama kerana mahu ‘diiktiraf’ secara rasmi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Mila Kunis.

Dengan perceraian itu, timbul pula khabar gembira yang menyatakan Ashton akan melamar Mila sebagai isterinya sedikit masa lagi.

Menurut sumber terdekat, kedua-duanya sudah berbincang untuk bertunang dan berkahwin sejak akhir-akhir ini.

“Ashton mahu bertunang pada musim cuti. Dia sudah menanti begitu lama dan cukup tertekan dengan masalah (perceraian) sebelum ini,” ujarnya.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar