Selasa, 11 Februari 2014
Hairul Azreen Serik Kongsi Kisah Peribadi
PETALING JAYA – Pelakon Hairul Azreen serik untuk berkongsi kisah cinta kepada umum kerana bimbang ia tidak akan berakhir dengan baik seperti mana hubungannya dengan aktres, Faralyna yang menemui kegagalan.
Hairul, 24, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia akan menipu dengan status dirinya daripad pengetahuan umum cuma tidak mahu ia menjadi perhatian utama berbanding kerjaya seninya.
“Terus terang saya serik dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini dan tidak mahu lagi kisah percintaan menjadi tumpuan tetapi bukanlah sampai saya ingin merahsiakan hal-hal penting seperti perkahwinan,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Hairul berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan bekas kekasihnya itu dalam projek drama atau pun filem namun seboleh-bolehnya dia mahu mengelak perkara itu terjadi.
Jelas Hairul, dia bukan membenci Faralyna sebaliknya menghormati wanita itu dan tidak mahu mengenang perkara yang sudah berlalu.
“Kami pernah bergandingan dalam drama Misiku Kuza dan tiada masalah kerana kedua-dua kami profesional namun saya kalau boleh ingin mengelak daripada bergandingan bersama selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya dengan pelakon dan pengacara Hanis Zalika, Hairul berkata, mereka telah mengenali antara satu sama lain sebelum bergelar artis lagi.
Kata Hairul, dia selesa berkawan dengan Hanis kerana menganggap wanita tersebut sebagai seorang yang cukup bijak dan ceria.
“Biasanya jika orang bercakap mengenai kita itu tanda mereka rindu dengan kita dan saya tidak marah apabila ada pihak mengaitkan saya dengan Hanis kerana cerita itu tidak benar dan kami hanya rapat sebagai kawan sahaja,” katanya.
Bagaimanapun kata Hairul, dia tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku di masa hadapan dan jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hanis dia menerima dengan tangan terbuka. - mStar Online
Related Posts : azreen,
hairul,
kisah,
kongsi,
peribadi,
serik
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar