Jumat, 28 Februari 2014
Pengenalan GST tidak berguna jika ketirisan tidak ditangani kata DAP
October 25, 2013
DAP mendakwa pengumuman Putrajaya memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini tidak akan menjana pendapatan negara sekiranya ketirisan masih berlaku.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) berkata, pengenalan GST hanya sia-sia dan tidak bermanfaat tanpa disiplin kewangan yang teguh diambil kerajaan.
"Tanpa perbelanjaan berdisiplin oleh kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ia tidak akan menjimatkan atau dapat disimpan.
"Lebih buruk lagi, wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang salah," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pua menyifatkan GST tidak lebih sebagai langkah terdesak kerajaan untuk memenuhkan kantung mereka dan bukannya untuk berjimat-cermat.
"Ia hanya memberikan lebih banyak dana kepada kerajaan untuk membeli-belah," katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.
Susulan pengenalan GST, dua lagi cukai iaitu cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan.
GST tidak akan dikenakan terhadap bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST. - 25 Oktober, 2013.
The Malaysian insider
Related Posts : berguna,
dap,
ditangani,
gst,
jika,
kata,
ketirisan,
pengenalan,
tidak
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar