Senin, 03 Maret 2014
Tarian Cuti Cuti 1Malaysia ‘Gangnam Style’
KUALA LUMPUR – `Gangnam Style’ antara konsep yang akan diselitkan dalam Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada Ahad ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kira-kira 16,000 peserta dari seluruh negara bakal menyertai acara tarian berkenaan.
“Program Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia menghimpunkan tarian pelbagai bangsa termasuk tarian Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli selain diselitkan tarian moden dan ‘Gangnam Style’.
“Objektif utama acara ini untuk menyediakan platform kepada semua rakyat Malaysia berkumpul dalam perpaduan dan meraikan pelbagai bentuk tarian dan warisan budaya negara,” katanya pada satu sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini hari ini.
Yen Yen berkata, program yang akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu dijadual bermula 6 pagi.
Tambah beliau, Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia akan dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Jimmy Pelikat dan One Nation Emcees yang popular dengan lagu Anak Kampung.
JJelas beliau, program itu juga diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran peserta untuk memilih destinasi pelancongan dalam negara yang telah menyumbangkan RM20 bilion kepada pendapatan negara pada tahun lalu.
Minggu, 02 Maret 2014
Pengemis terlampau
Ada juga yang sanggup berbogel semasa mengemis
tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

Duit sesuatau kemestian dalam hidup manusia hari ini.Manusia
sanggup melakukan apa sahaja agar dapat duit untuk
hidup.Biarpun sampai menggadai maruah sendiri..seperti gambar di
atas....
Sabtu, 01 Maret 2014
Bayi dicampak dari tingkat 9
myMetro
SHARJAH: Seorang bayi lelaki yang terselamat selepas dibuang menerusi saluran sampah dari tingkat sembilan sebuah rumah pangsa di kawasan Al-Taawun mungkin diserahkan kepada kedutaan Filipina di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bayi itu kini di bawah penjagaan pusat khidmat sosial di Sharjah selepas dirawat selama 40 hari di Hospital Al-Qasimi.
Satu sumber di pusat berkenaan berkata, kes bayi itu berbeza dengan yang lain kerana ibunya diketahui. Kerana itu, ia tidak boleh dikendalikan seperti bayi lain yang ibu bapanya tidak dikenali.
“Kami sudah menerima bayi itu sebelum ini dan kami akan menjaganya sehingga mahkamah memutuskan sama ada akan menyerahkan kepada ibunya.
“Jika tidak, bayi itu akan diserahkan kepada kedutaan Filipina di UAE,” kata sumber itu. Pengarah Hospital Al-Qasimi, Dr Arif Al Noryani memberitahu Gulf News sebelum ini, bayi berkenan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah ditemui dalam tong sampah pada hujung April lalu.
Menurutnya, bayi itu mengalami keretakan pada tengkorak dan pendarahan dalaman. Si ibu yang dipercayai cuba membunuh bayinya itu kini ditahan oleh pihak berkuasa. - GN
Jumat, 28 Februari 2014
Pengenalan GST tidak berguna jika ketirisan tidak ditangani kata DAP
October 25, 2013
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) berkata, pengenalan GST hanya sia-sia dan tidak bermanfaat tanpa disiplin kewangan yang teguh diambil kerajaan.
"Tanpa perbelanjaan berdisiplin oleh kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ia tidak akan menjimatkan atau dapat disimpan.
"Lebih buruk lagi, wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang salah," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Ia hanya memberikan lebih banyak dana kepada kerajaan untuk membeli-belah," katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.
Susulan pengenalan GST, dua lagi cukai iaitu cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan.
GST tidak akan dikenakan terhadap bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST. - 25 Oktober, 2013.
The Malaysian insider
Kamis, 27 Februari 2014
Ikan Ganas Amazon Bernama Canndiru
Ikan Ganas Amazon Bernama Canndiru - Berbicara mengenai ikan pasti anda tidak asing dengan ikan yang berasal dari sungai amazon bernama piranha. Ikan ini terkenal bukan karena tinggal di daerah Amazon atau dengan keindahannya melainkan dengan gigi taring yang super tajam yang mampu mencabik-cabik daging.
Bau kencing manusia dapat memicu datangnya ikan canndiru dan canndiru dapat masuk ke alat kelamin.Cara yang dilakukan untuk mengeluarkan ikan canndiru adalah hanya melakukan pembedahan. Jadi jangan kencing di sungai amazon ketika berenang karena dapat memicu datangnya vampir kecil ini.
Rabu, 26 Februari 2014
Justin Bieber Pilih Cinta Kekasih Lama

NAMPAKNYA Justin Bieber sudah mula merasakan dia tidak perlu lagi mempertahankan hubungan cintanya dengan Selena Gomez apabila dia telah beralih kepada wanita lain.
Menurut laporan portal Zimbio, wanita yang dimaksudkan itu merupakan bekas kekasihnya (sebelum menjalinkan hubungan dengan Selina) bernama, Jacque Rae Pyles.
Pasangan ini sama-sama menghadiri majlis pembukaan New York Fashion Week minggu lalu dan Justin tampak senang duduk di samping wanita yang pernah bercinta dengannya pada tahun 2009 itu.
Malah, sebelum muncul bersama pada acara tersebut, Justin dan Jacque sempat menikmati makan malam bersama dan mereka juga telah pergi ke Las Vegas bersama.
Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasangan itu mengenai hubungan berkenaan. – mStar
Selasa, 25 Februari 2014
Suami ‘dibomohkan’ rakan artis sendiri

Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon, Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.
Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.
Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.
“Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.
“Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.
“Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.
Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak tinjauan perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.
Kena ‘buatan orang’?
Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah.
Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.
“Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’.
“Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama,” katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.
“Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri,” katanya.
Pernah dilamar kerabat
Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.
“Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.
“Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.
kerabat yang melamar saya,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.
Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.
“Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.
“Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia,” katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.
sumber
Langganan:
Postingan (Atom)