Sabtu, 01 Maret 2014
Bayi dicampak dari tingkat 9
myMetro
SHARJAH: Seorang bayi lelaki yang terselamat selepas dibuang menerusi saluran sampah dari tingkat sembilan sebuah rumah pangsa di kawasan Al-Taawun mungkin diserahkan kepada kedutaan Filipina di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bayi itu kini di bawah penjagaan pusat khidmat sosial di Sharjah selepas dirawat selama 40 hari di Hospital Al-Qasimi.
Satu sumber di pusat berkenaan berkata, kes bayi itu berbeza dengan yang lain kerana ibunya diketahui. Kerana itu, ia tidak boleh dikendalikan seperti bayi lain yang ibu bapanya tidak dikenali.
“Kami sudah menerima bayi itu sebelum ini dan kami akan menjaganya sehingga mahkamah memutuskan sama ada akan menyerahkan kepada ibunya.
“Jika tidak, bayi itu akan diserahkan kepada kedutaan Filipina di UAE,” kata sumber itu. Pengarah Hospital Al-Qasimi, Dr Arif Al Noryani memberitahu Gulf News sebelum ini, bayi berkenan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah ditemui dalam tong sampah pada hujung April lalu.
Menurutnya, bayi itu mengalami keretakan pada tengkorak dan pendarahan dalaman. Si ibu yang dipercayai cuba membunuh bayinya itu kini ditahan oleh pihak berkuasa. - GN
Related Posts : 9,
bayi,
dari,
dicampak,
tingkat
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar