Selasa, 24 Desember 2013

Timb Menteri Pelajar Cina paling ramai dikecualikan pembayaran PTPTN

November 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Putrajaya berkata pelajar dari masyarakat Cina yang paling ramai menerima pengecualian daripada membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata dari 2003 hingga 30 September tahun ini sebanyak 13,192 pelajar yang meliputi sebanyak RM375 juta mendapat manfaat daripada dasar tersebut.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 72.8 peratus pelajar Cina dikecualikan daripada membayar PTPTN, diikuti pelajar Melayu sebanyak 22.2 peratus, pelajar India 3.2 peratus dan selebihanya adalah lain-lain kaum,” kata Kok Chung pagi ini di Dewan Rakyat.

Selepas penerangan timbalan menteri tersebut, ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kemudiaan bangun mempertahankan dasar tersebut yang membuktikan kerajaan tidak menindas kaum-kaum lain dalam isu pendidikan.
“Dengan kenyataan ini, membuktikan kerajaan Barisan Nasional adil dan telus dalam menentukan dasar pendidikan,” kata Mohamad Aziz. The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar