Kamis, 30 Januari 2014
Ameng Spring Nekad Berubah
“SEGALANYA berbeza. Saya pernah hidup sebebas-bebasnya tetapi di sebalik tirai besi ini, perjalanan hidup saya seratus peratus berubah malah perolehi banyak pengajaran dan hidayah di sini,” kata vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng ketika menceritakan pengalaman hidupnya berhari raya di penjara.
Ameng berkata, bagaimanapun, dia tetap bersyukur apabila masih diberi peluang bertemu ahli keluarganya dan rakan pada hari raya walaupun suasana kali ini agak berbeza sebelum ini.
“Alhamdulillah ahli keluarga datang dan rakan-rakan datang berjumpa dengan membawa makanan istimewa berbanding hari-hari lain,” kata Ameng.
Katanya lagi, sokongan moral sebegini telah menguatkan lagi iltizamnya untuk terus berubah dan menghadapi pelbagai cabaran di sini.
Sementara itu, Persatuan Karyawan Malaysia ( Karyawan) telah hadir melawati Ameng di Penjara Kluang, Johor sempena hari raya Aidilfitri bagi menyatakan sokongan moral kepada Ameng.
Sebelum itu, Ameng telah di tempatkan di Penjara Kluang sejak April 2011 bagi menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan beserta 10 sebatan di atas kesalahan memiliki dadah beberapa tahun yang lalu.
Hadir sama Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Rasid Jamil dan Pengurus Karyawan, Ahmad Abdullah.
Ameng berkata, ramai beranggapan golongan seni atau artis akan mendapat tenaga tambahan sekiranya menggunakan dadah adalah tidak benar kerana ramai golongan seni yang hebat dan berjaya tidak terpengaruh dengan dadah.
Menurutnya, seni dan dadah adalah berbeza dan personaliti hebat seseorang karyawan seni atau artis tiada kena mengena dengan pergantungan dadah.
Ameng yang popular pada era 90-an bersama Kumpulan Spring menyifatkan dadah hanyalah keseronokan sementara dan hanya memusnahkan hidup.
Sementara itu, dalam tempoh terdekat, Karyawan turut akan mengadakan program bersempena dengan hari raya Aidilfitri dan sambutan merdeka dengan pihak penjara Kluang yang bakal menampilkan persembahan istimewa bagi menghiburkan warga penjara dari artis terkenal pelbagai genre.
Ini adalah antara tanggungjawab sosial Karyawan kepada masyarakat, menghibur dan merehatkan jiwa golongan kurang bernasib baik di samping memberi keinsafan kepada diri sendiri agar tidak terjebak dengan sebarang gejala hedonestik dan bertentangan dengan undang-undang. - Sinar Harian
Related Posts : ameng,
berubah,
nekad,
spring
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar